"Kejayaan"
Sudah pasti ramai yang terkejar-kejar dan berusaha untuk mengecapi perkataan tersebut. Betul! Kejayaan dalam pelajaran, kejayaan dalam kerjaya dsbg. Namun sedarkah kita? Kejayaan merupakan salah satu ujian bagi setiap daripada-Nya. Sama ada sedar mahupun tidak, namun itulah hakikatnya. Kejayaan satu ujian.
Bagaimanakah ia disebut sebagai ujian? Satu pertanyaan selepas sebuah kejayaan dikecapi. "apakah perasaan anda setelah berjaya dalam.....?". Gembira? Bangga? Terharu?. Ya, mungkin ini perasaan kita. Disaat ini mulalah terselit perasaan riak setelah adunan dicampur dengan hasutan syaitan. Inilah dikatakan ujian setelah kejayaan. Mungkin tidak semua merasakannya namun itulah suatu ujian dalam bentuk kesenangan. Sejauh mana tahap keimanan dalam diri, sejauh mana kekuatan untuk menghalangnya, semuanya bergantung atas diri anda.
Setelah sifat riak melanda diri, keegoaan dan kesombongan mula menjalar dalam hati. Pada saat itu api bara syaitan semakin menyala-nyala untuk mengikut jejak langkah mereka. Nauzubillah.
Pabila kejayaan diperoleh, kemewahan mula dikecapi. Disaat ini ujian kembali meguji kita.
Bagaimana?
Pernahkah kita memandang siapa dibawah kita disaat kemewahan dikecapi. Syukur andai kita masih memandang mereka kerana kita bukanlah seorang yang riak dan takbur atas nikmat. Namun, apa pula terjadi bagi yang mula alpa dengan kemewahan hingga langsung tidak melihat pada siapa yang berada dibawah. Titik-titik noda riak mula bercambah. Keegoan mula menyelubungi diri.
Itulah ujiannya. Disaat kejayaan dikecapi. Ingatlah wahai manusia yang juga khalifah dimuka bumi ini. Allah maha kuasa atas hambaNya. Semakin teguh iman seseorang itu semakin hebat ujian melanda. Tujuannya tidak lain untuk melihat sejauh mana keteguhan iman mereka. Ujian bukan hanya dalam bentuk kesusahan malahan ada juga ujian dalam bentuk kemewahan bahkan ujian ini lebih hebat daripada ujian dalam bentuk kesusahan.
Lumrah kehidupan. Moga diberkati olehNya....InsyaAllah...:)
No comments:
Post a Comment