Monday, September 3, 2012
Kita cepat sangat melatah?
Kita cepat sangat melatah?
Yes..kita cepat sgt melatah... tapi bagaimana?
Lihat gambar dibawah :
Semua yang orang lain buat semua tidak kena pada kita. Orang kemasjid kita kata orang hipokrit, orang xkemasjid kita kata orang jahil. Xkan nak suruh org tu duduk tengah2 jalan antara masjid dgn rumah dia baru kita tak mengumpat?Itu pun belum tentu. Duduk tengah2 jalan tu pun kita akan mengata "dia tu gila ke?"
Contoh lain : Ahli2 masjid/surau alhamdulillah diberikan hidayah oleh Allah untuk hadir berjemaah. Maka tiba lah suatu ketika pada bulan Ramadan... Di hari pertama ramadan penuhlah masjid untuk menunaikan terawih. Apa yang tidak kenanya disini ialah apabila penuh masjid maka Ahli2 masjid/surau (xsemua) pun perli memerli orang2 yang baru hadir ke masjid. "Time terawih baru nk dtg". Sedarkah kita dengan hanya perli yang sependek ini mungkin telah mengecilkan hati orang lain. Mungkin seseorang itu baru sahaja diberikan hidayah dan beliau ingin memulakan hijrahnya pada malam itu. Dan apabila diperli sebegini rupa. Malu x dia? Kalau anda ditempat dia adakah anda ingin terus ke masjid?
Macam2 lagi la~~
Tak ada apa yang kena pada kita.
Apa perlu kita lakukan sekarang?Ubahlah sikap suka "mengata" orang. Berhenti mengata @ kondem orang. Mungkin hari ini berlaku pada orang lain. Esok lusa belum tentu. Kembali kepada sifat2 yang ada pada manusia. Iman manusia ada turun naik. Mungkin Minggu ini kita kemasjid berjemaah 5x7. Minggu depan mungkin kita xpergi langsung.
Belajar bersikap husnuzon terhadap orang lain (sikap berfikiran positif). Sesungguhnya islam melarang keras sikap suka mengata orang lain. Mengata orang lain umpama memakan daging sendiri? Jijikkan?Islam mengajar kita supaya menegur dan menasihati orang lain sekiranya terdapat kekurangan. Bukan dengan cara kita mengata kekurangan dia. Barulah keharmonian itu dirasai. Dengan nasihat kearah kebaikan insyaAllah dapat mengubah kekurangan2 dalam insan tersebut insyaAllah.
Say NO to MENGUMPAT!!!
Sama2 kita berubah...InsyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment