Friday, January 6, 2012
Ikhlaskan niat
Alhamdulillah, dah berlalu pergi 3 subjek exam...esok tinggal lagi satu untuk minggu ini.... Keadaan tersangatlah pressure dengan keadaan sekeliling yang bermacam-macam ragam... Tp syukurlah kerana masih berada dalam tahap kesabaran yang istimewa dianugerahkan oleh yang maha esa...
Juga berkat doa kedua ibu bapa yang sentiasa mendoakan sy...terima kasih yang tak terhingga...syukran ala walidain :)
Juga kata-kata semangat, nasihat daripada insan teristimewa menjadi sumber tenaga dan pendorong untuk mampu menghadapi segala kesusahan ini...:)
Nasihat yg masih sy ingati "niat fi sabilillah...moga usaha kite diterima Allah"
Betul, "innamal a'malu binniat" apa jua pekerjaan yang dilakukan diletakkan niat kerana-Nya...barulah berkat dan membuahkan sedikit sebanyak pahala untuk dibawa ke timbangan mizan...
Ikhlaskan niat?
Niat belajar bukan untuk exam, niat bekerja bukan untuk duit....
Perbaiki niat belajar keranaNya untuk mendapat ilmu-ilmuNya, mendalami ilmu-ilmuNya, mencari keberkatan daripadaNya... Maka dianugerahkan pahala pada seseorang yang berniat keranaNya... Jua kekallah ilmu-ilmu yang dipelajari didalam hati kerana keberkatan pada ilmu yang dipelajari telah diletakkan bersama-sama niat...
Perbaiki niat bekerja keranaNya... Ya, kerja bukan semata-mata untuk duit sahaja, malahan ia suatu tuntutan...Mafhum dari salah sebuah dalil : "Allah telah menjadikan siang untuk bekerja dan malam untuk beristirehat" Maka jika niat berlandaskan keranaNya, semua pekerjaan menjadi mudah dengan izinNya dan lahirlah sebuah nilai keberkatan dalam satu-satu pekerjaan tersebut...
Ayuh....Muhasabah diri kita...Perbaiki niat...Moga-moga segala amalan diterima olehnya...
Barakallahulana...:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah :)
ReplyDelete:)
ReplyDelete