Tuesday, January 3, 2012

Kau insan

Saat ku melihat akan dirimu,
terdetik akan keinsafan diri,
saat aku mengenali dirimu,
keinsafan mula menyelubungiku,
saat aku mendekatimu,
ku rasa semakin hampir pada-Nya,
saat ku hampir denganmu,
ku terima satu nasihat demi-Nya,

tenangnya hatiku bila kehadiranmu,
kuatnya diriku dengan kekuatanmu,
hebatnya diriku diatas semangatmu,
sabarnya diriku atas kesabaranmu,

Kau insan bermakna,
memberiku satu cahaya,
kau insan bercahaya,
menjadi penerang gelita,
kau penghalang gelita,
mendatangkan bahagia,
kau pembawa bahagia,
menunjuk ke jalan-Nya,
kau tunjukkan jalan-Nya,
kerana kau hidayah-Nya,
keatas diri hamba yang hina....

KAU INSAN UTUSANNYA~

didedikasikan untuknya~.....siapa???ntah...hahahaha...
Moga beliau diberkati Allah...اللهم يسرلنا ولا تعسرلنا....
بارك الله علينا.....

No comments:

Post a Comment