Saturday, January 7, 2012

Sempurnakah iman?




.عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

((البخاري ومسلم)

Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya."

Petikan hadis ini jelas menerangkan maksud kepentingan hormat menghormati antara satu sama lain. Saudara dimaksudkan bukanlah saudara mara atau kaum kerabat semata-mata, malahan saudara mara adalah saudara mara sesama islam.

Maka, wajib keatas seorang individu yang bergelar muslim itu untuk menghormati muslim yang lain. Malahan lebih tepat lagi berdasarkan hadis diatas mengasihi sesama muslim.

Tapi apa yang berlaku sekarang?

Kita pergi satu persatu keluarga, masyarakat dan negara....

Dalam keluarga, sememangnya wajarlah bagi kita untuk mengasihi sesama keluarga. Namun terdapat segelintir individu yang gagal untuk mengasihi sesama keluarga. Bagaimana? Kes anak lari dari rumah, Kes ibu bapa dipukul oleh anak sendiri, Kes dera keatas anak sendiri dsbg.... Inikah dikatakan mengasihi sesama saudara? Jelas sekali melanggar syariat.

Peringatan bagi anak-anak yang masih lagi mempunyai ibu bapa. Tahukan anda hukum meninggikan suara terhadap ibu bapa?

Dalam surat Al Israa' 17:23
QS Al Israa’ 17:23. "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau Kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia."

Jelas sekali berdosa bagi seorang anak meninggikan suara terhadap ibu bapa. Apatah lagi memukul? Memukul ibu bapa dikiaskan dengan "kias aula" iaitu ia berdasarkan tahap perbuatan tersebut adalah lebih tinggi daripada berkata ah terhadap ibu bapa.

Masyarakat :

Sering kita dengar ungkapan "cakap elok-elok xboleh ke". Ya, dalam kalangan masyarakat, pelbagai ragam kita dapat lihat. Ada yang baik (alhamdulillah) ada yang langsung tidak menghormati orang lain (nauzubillah).

Contoh yang diambil siang tadi sewaktu sy mengisi minyak di pam minyak. Mungkin kesilapan saya tidak sedar kereta menanti dihadapan dan sy terus berhenti di 1 pam tersebut. Setelah keluar daripada kereta, seorang lelaki keluar daripada kereta beliau yang berada dihadapan sy. Tanpa salam dan ungakapan kata yang elok beliau berkata dengan kasar dan angkuhnya "Tak reti nak beratur ke". Inikah yang dikatakan menghormati orang lain?

Bukankah kita diajar memberi salam terhadap orang lain, mengucapkan perkara-perkara yang baik dan lemah lembut. Setiap manusia melakukan kesilapan, memaafi antara satu sama lain bukankah lebih baik?

Negara :

Tidak ingin menyalahi sesiapa dan mana-mana pihak, akan tetapi sedarkah kita umat islam sesama sendiri bertelagah, menfitnah antara satu sama lain, menghina antara satu sama lain, memburukkan antara satu sama lain kerana POLITIK? Berpolitik tidak salah dalam negara malahan ia amatlah dituntut oleh Rasulullah. Tapi sedarkah kita dizaman ini politik yang dianjurkan oleh Rasulullah dikotori dengan perkara-perkara lagha dan perkara-perkara yang mendatangkan keburukan terhadap imej islam itu sendiri.

Diluar sana, kafir laknatullah bertepuk tangan melihat kehancuran legasi Islam akibat sifat mereka sendiri yang langsung tidak menghormati antara satu sama lain oleh kerana politik. Kuatkah Islam sekarang? Saya berani mengatakan Islam mengalami kehancuran oleh kerana pihak-pihak yang taksub pada kuasa, politik dan sebagainya. Inikah "hubbu bainamal insan". Kasih mengasihani sesama insan?

Wahai sahabat-sahabat saudara maraku sesama Islam. Sempurnakah iman kita? Apa yang dianjurkan oleh Rasulullah sudah cukup jelas untuk membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya dan menyempurnai iman kita. Kenapa tidak kita berusaha membawa Islam kembali sebagaimana legasi zaman Rasulullah. Tanggungjawab siapa? Sudah tentu bermula dengan diri kita sendiri.

Ayuh!!!

No comments:

Post a Comment