Friday, December 30, 2011

Andai kau sahabat

Duhai sahabat,
Tika kau membaca tulisan ini,
Ku pasti engkau tidak merasakan ini adalah untukmu,
Tika kau menghayati tulisan ini,
Ku yakin ia hanya penulisan biasa bagimu,

Namun ketahuilah,

Wahai sahabat,
Andai aku ditinggalkan olehmu,
Walau sejuta kali,
Aku tidak pernah melupakanmu,
Kerana kau sahabatku,

Andai kau memulaukan ku,
Aku sering berdoa untukmu,
Kerna aku kasih padamu,

Andai aku dibiar terkapai-kapai,
Aku tidak akan menyusahkanmu,
Kerna aku tak ingin melihatmu susah,

Andai aku lihat kau berusaha,
Aku cuba membantumu,
Kerna ku tak ingin kau gagal,

Andai aku memperoleh berita bahagia,
Inginku kongsikan denganmu,
Kerna ku ingin kau bahagia,

Andai satu saat kau tiada disisi,
Aku tetap mengingatimu,
Kerna kau sahabatku....

Aku bukan teman yang sempurna,
Aku bukan insan permata,
Aku bukan awan pelindung
Malah aku bukan,
Mentari penerang...

Khas buat sahabatku....~

2 comments: