Saturday, December 31, 2011

Last preparation

Now is the last week for the last preparation before examination held....Quite tough for this semester facing 3 main accounting subject that related with my course...Sometimes need to study alone n sometimes need to study by group... Thanks for all that help me on this preparation... Intermediate accounting + cost accounting + accounting information system = pening @.@....haha....

Today im struggle"ing" the first subject in the first day examination that is AIS = Accounting information system....Pray for me...^_^

Friday, December 30, 2011

Andai kau sahabat

Duhai sahabat,
Tika kau membaca tulisan ini,
Ku pasti engkau tidak merasakan ini adalah untukmu,
Tika kau menghayati tulisan ini,
Ku yakin ia hanya penulisan biasa bagimu,

Namun ketahuilah,

Wahai sahabat,
Andai aku ditinggalkan olehmu,
Walau sejuta kali,
Aku tidak pernah melupakanmu,
Kerana kau sahabatku,

Andai kau memulaukan ku,
Aku sering berdoa untukmu,
Kerna aku kasih padamu,

Andai aku dibiar terkapai-kapai,
Aku tidak akan menyusahkanmu,
Kerna aku tak ingin melihatmu susah,

Andai aku lihat kau berusaha,
Aku cuba membantumu,
Kerna ku tak ingin kau gagal,

Andai aku memperoleh berita bahagia,
Inginku kongsikan denganmu,
Kerna ku ingin kau bahagia,

Andai satu saat kau tiada disisi,
Aku tetap mengingatimu,
Kerna kau sahabatku....

Aku bukan teman yang sempurna,
Aku bukan insan permata,
Aku bukan awan pelindung
Malah aku bukan,
Mentari penerang...

Khas buat sahabatku....~

Thursday, December 29, 2011

Ujian-Nya

"Kejayaan"
Sudah pasti ramai yang terkejar-kejar dan berusaha untuk mengecapi perkataan tersebut. Betul! Kejayaan dalam pelajaran, kejayaan dalam kerjaya dsbg. Namun sedarkah kita? Kejayaan merupakan salah satu ujian bagi setiap daripada-Nya. Sama ada sedar mahupun tidak, namun itulah hakikatnya. Kejayaan satu ujian.

Bagaimanakah ia disebut sebagai ujian? Satu pertanyaan selepas sebuah kejayaan dikecapi. "apakah perasaan anda setelah berjaya dalam.....?". Gembira? Bangga? Terharu?. Ya, mungkin ini perasaan kita. Disaat ini mulalah terselit perasaan riak setelah adunan dicampur dengan hasutan syaitan. Inilah dikatakan ujian setelah kejayaan. Mungkin tidak semua merasakannya namun itulah suatu ujian dalam bentuk kesenangan. Sejauh mana tahap keimanan dalam diri, sejauh mana kekuatan untuk menghalangnya, semuanya bergantung atas diri anda.

Setelah sifat riak melanda diri, keegoaan dan kesombongan mula menjalar dalam hati. Pada saat itu api bara syaitan semakin menyala-nyala untuk mengikut jejak langkah mereka. Nauzubillah.

Pabila kejayaan diperoleh, kemewahan mula dikecapi. Disaat ini ujian kembali meguji kita.

Bagaimana?

Pernahkah kita memandang siapa dibawah kita disaat kemewahan dikecapi. Syukur andai kita masih memandang mereka kerana kita bukanlah seorang yang riak dan takbur atas nikmat. Namun, apa pula terjadi bagi yang mula alpa dengan kemewahan hingga langsung tidak melihat pada siapa yang berada dibawah. Titik-titik noda riak mula bercambah. Keegoan mula menyelubungi diri.

Itulah ujiannya. Disaat kejayaan dikecapi. Ingatlah wahai manusia yang juga khalifah dimuka bumi ini. Allah maha kuasa atas hambaNya. Semakin teguh iman seseorang itu semakin hebat ujian melanda. Tujuannya tidak lain untuk melihat sejauh mana keteguhan iman mereka. Ujian bukan hanya dalam bentuk kesusahan malahan ada juga ujian dalam bentuk kemewahan bahkan ujian ini lebih hebat daripada ujian dalam bentuk kesusahan.

Lumrah kehidupan. Moga diberkati olehNya....InsyaAllah...:)

Tuesday, December 27, 2011

Final Exam

Sedar xsedar dah tinggal seminggu je nak Final. Rase macam baru jer belajar subjek sem ni. (tu la ayat org xstudy)hahha. So, dikesempatan ini ingin ku ucapkan gud luck kpd semua kawan-kawanku yang tengah pressure study tu. Jangan pressure2... Study smart not hard. Banyakkan berdoa, moga dipermudahkan. Exam, exam jugak tapi makan, exercise n sume untuk kesihatan badan jangan sampai tinggal. العقل السليم فى الجسم السليم... Kalau badan xsihat macam mane nak jawab exam. Betul x?

Ibadah pada-Nya pun jangan lalai sebab semua rezeki tu terletak pd-Nya. So kalau kite ingkar n lagha, camne nak dapat rezeki kejayaan tu. Solat, doa, bce quran n amal2 soleh jangan sampai tertinggal sebab exam. okay?

Masa untuk pecutan terakhir!!!

See u next semester

Bittaufik wan najah fil imtihan. InsyaAllah~



Di kesempatan ini, sy ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kesilapan sengaja dan tidak sengaja di masa-masa lepas. Harap diampunkan. Moga dipermudahkan segala urusan....Amin....




p/s : ni jadual exam...:)

SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN : 03/01/2012 (9:00AM)
USUL FIQH I : 04/01/2012 (9:00AM)
TARIKH AL-TASHRI' : 05/01/2012 (2:30PM)
MATEMATIK PERNIAGAAN : 06/01/2012 (3:00PM)
PERAKAUNAN PERTENGAHAN I : 09/01/2012 (2:30PM)
PERAKAUNAN KOS : 11/01/2012 (9:00AM)
KELAKUAN ORGANISASI : 13/01/2012 (3:00PM)
UNDANG-UNDANG KOMERSAN : 20/01/2012 (9:00AM)

Monday, December 26, 2011

Soal Jawab Rasulullah bersama Syaitan (Solat)

Rasulullah SAW bertanya: “Hai iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah keadaan engkau?”

Jawab iblis laknatullah: “Itulah sebesar-besar kesusahan kepada ku. Gementarlah seluruh badan ku dan lemahlah tulang sendi ku, maka pada waktu itu, aku menyuruh puluhan syaitan iblis menggoda setiap orang yang hendak bersolat menerusi anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya was-was dalam solatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan solatnya. Sesetengah iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat supaya ia tidak kusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau menjeling ke kanan dan kiri semasa solat. (Maka) tidaklah tetap hatinya serta hilanglah kusyuknya. Sesetengah iblis memasuki telinga orang yang bersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang, bunyi-bunyian dan sebagainya – yang sia-sia belaka. Sesetengah iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya lama-lama semasa bersujud atau bertahiyyat. Di dalam hatinya sering bekehendakkan agar solatnya segera tamat dan ini tentunya akan mengurangkan pahala solat. Jika sekelian iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, nescaya mereka akan aku hukum seberat-beratnya.”

Allahurabbi...bertapa lekanya kita sewaktu beribadah pd-Nya. Terpengaruh dengan godaan syaitan...Astaghfirullah

Sunday, December 25, 2011

Shopping

Actually, baru balik dari giant...hehe...shopping barang rumah sikit. Study week + Exam week ni xbanyak berjalan keluar sangat, so ingat nak save duit sikit la. Main masak2 kat rumah. Lagipun orang kate makan kat rumah ni lagi berkhasiat. So, barang pun dah tersedia. Pagi-pagi esok boleh la start wat breakfast berat-berat sikit.

Siang tadi ade kat Kajang. Lepak-lepak kat umah cousin. Release2 tensyen. Maklum lah nak exam. So, kesimpulannya hari ni agak memenatkan tp study tetap xleh tinggal. huhu (T.T) ...ok la...see ya~


Jaga badan anda. Makanlah makanan berkhasia!!! :D

Saturday, December 24, 2011

Road Relay

Lame xberlari ngade-ngade nak berlari..Padan muka!!!hahha....nasib baik tak pengsan atas tu...Sampai sekarang macam blur2 pening...haha

Papepun seronok n enjoy la join road relay. Penat yang berbaloi walaupun xdapat pingat tapi pengalaman tu penting. Hehe.

Serba sedikit la tentang acara road relay ni. Ia merupakan larian 400m x 7. Acara ni acara penutup bagi sukan fakulti usim yang telah berlangsung sejak 2 minggu yang lepas.

Untuk sukan fakulti(SUFA) lak, merupakan program annual yang besar la bagi pusat sukan kampus USIM. Macam-macam la aktiviti yang dipertandingkan macam bola sepak, futsal, badminton, bola tampar, memanah, tenpin boling, boling padang, catur n bla..bla...bla...banyak sangat. malas nak list semua. Bagi tahun ni diadakan bermula 10 Disember lepas.

Penulis masuk dua acara jer...(macam hebat la sangat kan)...Bola tampar dan road relay... Acara Volleyball ni cukup puas hati coz kitorang dapat kalahkan juara 2 tahun kat separuh akhir... Walaupun dengan hanya pingat perak tapi sgt2 bermakna...


ni la medal yang paling puas skali dapat...bukan menyerah kalah di final..Tp time tu memang xlarat giler dah sbb dapat 15 minit je rehat lepas separuh akhir n then trus ke final. Professional pn pengsan...hahha...tp ok la...not bad...tq all teammates



Tahun depan kita usaha lebih sikit walaupun 1 senior dah xde...ok!chayok2!
FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT THE BEST~ WE'RE THE BLUES~

DSLR

hehe..Ni time nak citer bnde yang mmg dah lame diimpikan. InsyaALLAH dapat xlame lg....tq mak n abah... I <3 both of u...Pasni nak blajar la jadi photographer professional...slow2..InsyaALLAH blh~...huhu





Promo2 : Pasni sape nk wat sesi photography murah2 call la sy..hehe...:)

Tuesday, December 20, 2011

Budak Curi Bas?

Hai bdk2 zaman skg....dah xdek keje lain dah. Kalau dulu zaman sy budak2 dulu bawak kereta pn xpernah terfikir. Ni ade pulak 1 kes kat Seremban budak umur 13 tahun cuba mencuri bas.==" giler ape.

Kalau pndai bawak xper jgk...ni habis 6biji kereta dirempuh. Sabor jela. Tu la zaman sekarang. Tapi sebenarnya kita berbalik pada pangkal@punca die. Siapa yang salah?

Bukan nk kata parents salah, tapi hakikatnya diorang la segala-galanya untuk membentuk anak2. Sy alhamdulillah dibesarkan oleh parents dalam suasana yang baik. (Proud to be their child)huhu. balik pada cerite. Yela kan dari kecil bayi sampai besar, parents yang paling dekat. So dah tentulah pembentukan akhlak n sahsiah diorg yang perlu ajarkan. Ni x, sibuk kejar kmewahan duniawi sampai yang lain habis tinggal. Seimbangkn la hidup kita. Kan konsep bersederhana dalam segala perkara dah diajar nabi kita....:)
Muhasabah diri~~

Aku hambamu

Terkadang ku lemah dalam menempuhi segalanya.
Terjatuh,tersungkur,tidak mampu bangkit?
Itukah ungkapan yang sesuai bagiku?
Aku ego mengatakan diriku hebat,
aku ego dalam mengatakan diriku tabah,
dan aku juga ego dalam mengatakan aku yang berkelayakan.
Tetapi hakikatnya,
aku seorang yang gagal,
lemah,
lesu,
dan tak bermaya.
Inikah diriku?
Inikah yang ku cari?
Dimanakah silapnya diriku
hingga aku gagal untuk menundukkan keegoan diri.
Tabahkah diriku?
Hebatkah aku?

Bangkitlah kembali.
Bangkit dengan suatu tenaga,
suatu kekuasaan,
agar bisa ditempuh hari-hari mendatang.
Pandang kebelakang sebagai pengajaran.
Pandang kedepan untuk pedoman.
Tinggalkan kemewahan,
tingkatkan kejayaan.
Tiada usaha yang sia-sia
melainkan usaha itu disia-siakan.

Jika hari ini ku bangkit.
Tundukkan pandagan
agar tidak dilupakan yang kebelakang.
Angkat pandangan
agar ku tidak ketinggalan lagi.
Kejayaan menanti selepas kebangkitan.
Jangan dipersia segala usaha,
jangan digagali segala duka.
Bangkitlah.
Masa masih menanti.