Wednesday, December 29, 2010

Devotees - Aku Merinduimu


Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

Wednesday, December 22, 2010

Ibu Bapa

Astaghfirullahalazim
Subhanallah

Dimanakah diri aku sekarang???
Ya Allah.. Tunjukkanlah aku kejalan yang benar...
Baruku sedar bertapa berdosanya daku dengan kedua ibu bapa
Baruku sedar derhakanya aku
Baruku sedar bertapa zalimnya aku
Baruku sedar bertapa hinanya aku disisi-Nya

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

Alhamdulillah diatas kurniaan rahmatmu Ya ALLAH
Kurniaan hidayah yang teramat bernilai
Menyedarkanku akan kesilapan diri
Yang selama ini zalim disisimu dan kedua ibu bapaku
Aku berdosa selama ini
Ya ALLAH ya tuhanku
Aku memohon keampunan darimu
Atas segala dosa-dosaku
Dosa kemaksiatan dan kemungkaran
Dosa dengan kedua ibu bapaku
Semoga air mata yang menitis ini menjadi saksi di padang mahsyar kelak
Aminnnn

Monday, December 20, 2010

Lakonan ^_^

Video lakonan ini telah berjaya dihasilkan oleh penulis dan sahabat-sahabat kelas BMB3. Lakonan pendek yang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa perantaraan ini merupakan assignment yang perlu dihantar untuk subjek bahasa arab. Sedikit sebanyak sinopsis mengenai video ini :


Sinopsis

Cerita ini berkisar tentang akhlak remaja yang kian meruncing pada masa ini. Kebanyakan mereka terlalu mengikut rakan-rakan dan terpengaruh budaya dan perspektif barat. Kisah ini menceritakan tentang "Alfa" dan "Zul" yang terpengaruh dengan pembawakan barat. Kedua-dua sahabat mereka "Syahir" dan "Izat" yang sering menghasut telah menarik mereka terpesong jauh dari landasan. Saksikanlah :~


Rakaman semata2. Tiada kena mengena antara yang hidup atau yg telah meninggal dunia...

Sunday, December 19, 2010

Cuti??

Bagaimanakah anda memenuhi masa cuti anda???

Beribadah?
Study?
Membaca?
Berehat?
Bersiar-siar?
Bermain?
Tido?

Apapun jua aktiviti kita waktu cuti jangan lupa untuk beribadah dan beramal soleh kepadanya..
Sesungguhnya waktu cutilah masa kita untuk bersama-sama keluarga setelah berbulan-bulan subuk dengan hal masing-masing. Bagi yang masih mempunyai ibu bapa manfaatkanlah masa cuti bersama mereka.











Manfaatkanlah juga cuti kita untuk melakukan aktiviti2 berfaedah yang lain seperti membaca dan bersukan "العقل السليم من الجسم السليم ".....
















Bagi sy cuti ini insyaALLAH sy penuhi dgn aktiviti2 berfaedah...
Cuti ini juga insyaALLAH sy akan luangkan sebanyak mungkin dirumah bersama-sama keluarga....
^_^

Semoga anda menikmati cuti


Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Awal Muharram

Assalamualaikum kpd semua....

Alhamdulillah kita telah sampai ke akhir tahun 1431 hijrah....
Marilah kita sama2 membaca doa akhir dan awal tahun....
Semoga segala amal kebajikan yang kita lakukan sepanjang tahun ini diterima oleh-Nya...
Dan semoga tahun yang mendatang akan lebih baik daripada tahun sebelumnya....
Sama-samalah kita berhijrah kearah kebaikan....
InsyaALLAH.....