Monday, September 3, 2012

Kita cepat sangat melatah?

Kita cepat sangat melatah? Yes..kita cepat sgt melatah... tapi bagaimana? Lihat gambar dibawah :
Semua yang orang lain buat semua tidak kena pada kita. Orang kemasjid kita kata orang hipokrit, orang xkemasjid kita kata orang jahil. Xkan nak suruh org tu duduk tengah2 jalan antara masjid dgn rumah dia baru kita tak mengumpat?Itu pun belum tentu. Duduk tengah2 jalan tu pun kita akan mengata "dia tu gila ke?" Contoh lain : Ahli2 masjid/surau alhamdulillah diberikan hidayah oleh Allah untuk hadir berjemaah. Maka tiba lah suatu ketika pada bulan Ramadan... Di hari pertama ramadan penuhlah masjid untuk menunaikan terawih. Apa yang tidak kenanya disini ialah apabila penuh masjid maka Ahli2 masjid/surau (xsemua) pun perli memerli orang2 yang baru hadir ke masjid. "Time terawih baru nk dtg". Sedarkah kita dengan hanya perli yang sependek ini mungkin telah mengecilkan hati orang lain. Mungkin seseorang itu baru sahaja diberikan hidayah dan beliau ingin memulakan hijrahnya pada malam itu. Dan apabila diperli sebegini rupa. Malu x dia? Kalau anda ditempat dia adakah anda ingin terus ke masjid? Macam2 lagi la~~ Tak ada apa yang kena pada kita. Apa perlu kita lakukan sekarang?Ubahlah sikap suka "mengata" orang. Berhenti mengata @ kondem orang. Mungkin hari ini berlaku pada orang lain. Esok lusa belum tentu. Kembali kepada sifat2 yang ada pada manusia. Iman manusia ada turun naik. Mungkin Minggu ini kita kemasjid berjemaah 5x7. Minggu depan mungkin kita xpergi langsung. Belajar bersikap husnuzon terhadap orang lain (sikap berfikiran positif). Sesungguhnya islam melarang keras sikap suka mengata orang lain. Mengata orang lain umpama memakan daging sendiri? Jijikkan?Islam mengajar kita supaya menegur dan menasihati orang lain sekiranya terdapat kekurangan. Bukan dengan cara kita mengata kekurangan dia. Barulah keharmonian itu dirasai. Dengan nasihat kearah kebaikan insyaAllah dapat mengubah kekurangan2 dalam insan tersebut insyaAllah. Say NO to MENGUMPAT!!! Sama2 kita berubah...InsyaAllah

Friday, February 10, 2012

Kreatif Sambil Berdakwah

Like la kalau anda tertarik pd link ni..:)

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=166412356806910&set=a.164900316958114.34261.101907443257402&type=3&theater

Thursday, February 9, 2012

Rezeki



Rezeki Allah tu bile2 masa je xkira dimana kita berada kita berada...Mudah-mudahan kita bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh-Nya...:)

Wednesday, February 8, 2012

Update Feb

Lame sungguh xupdate...busy dengan program untuk adik-adik sekolah lama...
membalas jasa la orang kata....sangat bez...enjoy...yang paling penting input2 yang kitorang cuba sampaikan moga-moga diorang dapat terima dan amalkan... yelakan.. walaupun 3 hari tp org kate macam sedih ade rindu ade kat adik2...hari pertama lepas program macam kosong jer...sayu mengigati zaman persekolahan
skg~ sume dah ada haluan masing2...ada yang blajar,kerje, nak kawin..dah kawin pun ade...kalau ingat zaman sekolah dulu, ya Allah....seronoknye... rindu kot...tp tu la...perkara paling jauh sekali dari kita imam ghazali ckp adalah masa lampau...kita xleh kembali ke masa lampau....

mlm2 layan ungu tercipta untukku lak~ rase macam nak nangis...sbb lagu ni kena la ngan feel..hehe...yela...mmg...org kata ukhuwah kitorg waktu form 5 macam isi ngn kuku...series....sngt2 rapat..cumenye bile dah kluar dgn haluan masing2..adalah yang terpesong sikit...tp sume masih ingat antara satu sama lain...

Ya Allah, kau ampunilah dosa kami semua,,,letakkanlah kami dikalangan orang beriman...berikanlah kejayaan pada kami semua dunia dan akhirat...Amin...

*saat ni tersangatlah sayu hati bile ingat kat kawan2....hanya doa ku kirimkan....

Thursday, January 19, 2012

Menhitung Hari

Hari demi hari menunggu saat bebas dr EXAM..hihi...ermm...last paper jumaat ni...paper law...pastu? Merdeka!!! tanggal 20 bulan 1...2012...hahhaa....xsabar nk pulang ke kampung menatap wajah kedua ibu bapaku...kerinduan sihhh....macam2 xtvt drancang dalam otak ni ble balik umah...NAMUN...yang comfirm main dota spnjang hari (=.=U) xsnonoh pnye prangai..hehe

papehal abiskan dlu exam lusa...wish me best of luck....buttaufik wannajah.....allahumma yassir lana wala tu'assir lana...huhuh.......

TEMERLOH

Monday, January 16, 2012

Senarai Terkaya

Orang Terkaya Di dunia !!!!!!!!!!!!!!!!!!

10. Mukes Ambani

Net Worth : $27.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Petrochemicals
Age : 53
Country Of Citizenship : India
Residence : Mumbai
Industry : Manufacturing
Education : University of Bombay, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 3 children

9. Eike Batista

Net Worth : $30.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Mining, Oil
Age : 53
Country Of Citizenship : Brazil
Residence : Rio de Janeiro
Industry : Retail
Education : RWTH Aachen University, Drop Out
Marital Status : Divorced, 2 children

8. Amancio Ortega

Net Worth : $31.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Zara
Age : 74
Country Of Citizenship : Spain
Residence : La Coruna
Industry : Retail
Education : NA
Marital Status : Married, 3 children

7. Lakhsmi Mittal

Net Worth : $31.1 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Steel
Age : 60
Country Of Citizenship : India
Residence : London
Industry : Steel
Education : St Xavier’s College Calcutta, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 2 children

6. Lawrence Ellison

Net Worth : $39.5 Billion
Fortune : Self made
Source : Oracle
Age : 66
Country Of Citizenship : United States
Residence : Redwood City, California
Industry : Software
Education : University of Illinois, Drop Out
Marital Status : Married, 2 children

5. Bernard Arnault

Net Worth : $41.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : LVMH
Age : 62
Country Of Citizenship : France
Residence : Paris
Industry : Retail
Education : Ecole Polytechnique, Bachelor of Arts / Science
Marital Status : Married, 5 children

4. Warren Buffett

Net Worth : $50.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Berkshire Hathaway
Age : 80
Country Of Citizenship : United States
Residence : Omaha, Nebraska
Industry : Investments
Education : Columbia University, Master of Science
Marital Status : Widowed, remarried, 3 children

3. Bill Gates

Net Worth : $56.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Microsoft
Age : 55
Country Of Citizenship : United States
Residence : Medina, Washington
Industry : Software
Education : Harvard University, Drop Out,
Marital Status : Married, 3 children

2. Carlos Slim Helu

Net Worth : $74.0 Billion
Fortune : Self made
Source : Telecom
Age : 71
Country Of Citizenship : Mexico
Residence : Mexico City
Industry : Telecommunications
Education : NA
Marital Status : Widowed, 6 children

Orang Yang Solat Adalah Orang Yang Kaya

1. Orang Yang Solat

Rasulullah s.a.w bersabda :

"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi


P/S : copy n paste

Thursday, January 12, 2012

Tahukah anda?

Tahu x

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..(=.=U)
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

p/s : copy paste jgk...:D

Wednesday, January 11, 2012

Aku

•❤• 1 hari
Aku akan tinggalkanmu.

•❤• 1 hari
Aku akan lari darimu.
...
•❤• 1 hari
Kau akan menyesal kerana tidak memilikiku.

•❤• 1 hari
Kau akan tahu bahawa akulah segalanya untukmu.

•❤• 1 hari
Apabila kau menyedarinya, kau sudah terlambat untuk memilikiku.

>>> Kerana aku Al-Quran sebagai panduan hidupmu
Maka carilah aku sebelum aku pergi ke sisi Penciptaku (✿◠‿◠)

p/s:copy paste

Saturday, January 7, 2012

Sempurnakah iman?




.عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

((البخاري ومسلم)

Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya."

Petikan hadis ini jelas menerangkan maksud kepentingan hormat menghormati antara satu sama lain. Saudara dimaksudkan bukanlah saudara mara atau kaum kerabat semata-mata, malahan saudara mara adalah saudara mara sesama islam.

Maka, wajib keatas seorang individu yang bergelar muslim itu untuk menghormati muslim yang lain. Malahan lebih tepat lagi berdasarkan hadis diatas mengasihi sesama muslim.

Tapi apa yang berlaku sekarang?

Kita pergi satu persatu keluarga, masyarakat dan negara....

Dalam keluarga, sememangnya wajarlah bagi kita untuk mengasihi sesama keluarga. Namun terdapat segelintir individu yang gagal untuk mengasihi sesama keluarga. Bagaimana? Kes anak lari dari rumah, Kes ibu bapa dipukul oleh anak sendiri, Kes dera keatas anak sendiri dsbg.... Inikah dikatakan mengasihi sesama saudara? Jelas sekali melanggar syariat.

Peringatan bagi anak-anak yang masih lagi mempunyai ibu bapa. Tahukan anda hukum meninggikan suara terhadap ibu bapa?

Dalam surat Al Israa' 17:23
QS Al Israa’ 17:23. "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau Kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia."

Jelas sekali berdosa bagi seorang anak meninggikan suara terhadap ibu bapa. Apatah lagi memukul? Memukul ibu bapa dikiaskan dengan "kias aula" iaitu ia berdasarkan tahap perbuatan tersebut adalah lebih tinggi daripada berkata ah terhadap ibu bapa.

Masyarakat :

Sering kita dengar ungkapan "cakap elok-elok xboleh ke". Ya, dalam kalangan masyarakat, pelbagai ragam kita dapat lihat. Ada yang baik (alhamdulillah) ada yang langsung tidak menghormati orang lain (nauzubillah).

Contoh yang diambil siang tadi sewaktu sy mengisi minyak di pam minyak. Mungkin kesilapan saya tidak sedar kereta menanti dihadapan dan sy terus berhenti di 1 pam tersebut. Setelah keluar daripada kereta, seorang lelaki keluar daripada kereta beliau yang berada dihadapan sy. Tanpa salam dan ungakapan kata yang elok beliau berkata dengan kasar dan angkuhnya "Tak reti nak beratur ke". Inikah yang dikatakan menghormati orang lain?

Bukankah kita diajar memberi salam terhadap orang lain, mengucapkan perkara-perkara yang baik dan lemah lembut. Setiap manusia melakukan kesilapan, memaafi antara satu sama lain bukankah lebih baik?

Negara :

Tidak ingin menyalahi sesiapa dan mana-mana pihak, akan tetapi sedarkah kita umat islam sesama sendiri bertelagah, menfitnah antara satu sama lain, menghina antara satu sama lain, memburukkan antara satu sama lain kerana POLITIK? Berpolitik tidak salah dalam negara malahan ia amatlah dituntut oleh Rasulullah. Tapi sedarkah kita dizaman ini politik yang dianjurkan oleh Rasulullah dikotori dengan perkara-perkara lagha dan perkara-perkara yang mendatangkan keburukan terhadap imej islam itu sendiri.

Diluar sana, kafir laknatullah bertepuk tangan melihat kehancuran legasi Islam akibat sifat mereka sendiri yang langsung tidak menghormati antara satu sama lain oleh kerana politik. Kuatkah Islam sekarang? Saya berani mengatakan Islam mengalami kehancuran oleh kerana pihak-pihak yang taksub pada kuasa, politik dan sebagainya. Inikah "hubbu bainamal insan". Kasih mengasihani sesama insan?

Wahai sahabat-sahabat saudara maraku sesama Islam. Sempurnakah iman kita? Apa yang dianjurkan oleh Rasulullah sudah cukup jelas untuk membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya dan menyempurnai iman kita. Kenapa tidak kita berusaha membawa Islam kembali sebagaimana legasi zaman Rasulullah. Tanggungjawab siapa? Sudah tentu bermula dengan diri kita sendiri.

Ayuh!!!

Friday, January 6, 2012

Sabar

Ujian Allah datang bila-bila masa sahaja tanpa diduga... Sedang berada dalam tekanan peperiksaan... ditambah pula tekanan rumah sewa kena pecah masuk... Hanya sabar dapat membina kekentalan jiwa..Ya Allah...ujianmu amatlah hebat...kuatkanlah kesabaranmu...

Peringatan utk sahabat2 terutama yang berada di kawasan nilai..ati2...kes rompakan xtau cara mcm mana..tp cara curi xdek kesan masuk n then henset mahal n duit2 dalam dompet...wallahua'lam cara mcm mna..tp semua bhati2 la ye...

Ikhlaskan niat


Alhamdulillah, dah berlalu pergi 3 subjek exam...esok tinggal lagi satu untuk minggu ini.... Keadaan tersangatlah pressure dengan keadaan sekeliling yang bermacam-macam ragam... Tp syukurlah kerana masih berada dalam tahap kesabaran yang istimewa dianugerahkan oleh yang maha esa...

Juga berkat doa kedua ibu bapa yang sentiasa mendoakan sy...terima kasih yang tak terhingga...syukran ala walidain :)

Juga kata-kata semangat, nasihat daripada insan teristimewa menjadi sumber tenaga dan pendorong untuk mampu menghadapi segala kesusahan ini...:)

Nasihat yg masih sy ingati "niat fi sabilillah...moga usaha kite diterima Allah"

Betul, "innamal a'malu binniat" apa jua pekerjaan yang dilakukan diletakkan niat kerana-Nya...barulah berkat dan membuahkan sedikit sebanyak pahala untuk dibawa ke timbangan mizan...

Ikhlaskan niat?

Niat belajar bukan untuk exam, niat bekerja bukan untuk duit....

Perbaiki niat belajar keranaNya untuk mendapat ilmu-ilmuNya, mendalami ilmu-ilmuNya, mencari keberkatan daripadaNya... Maka dianugerahkan pahala pada seseorang yang berniat keranaNya... Jua kekallah ilmu-ilmu yang dipelajari didalam hati kerana keberkatan pada ilmu yang dipelajari telah diletakkan bersama-sama niat...

Perbaiki niat bekerja keranaNya... Ya, kerja bukan semata-mata untuk duit sahaja, malahan ia suatu tuntutan...Mafhum dari salah sebuah dalil : "Allah telah menjadikan siang untuk bekerja dan malam untuk beristirehat" Maka jika niat berlandaskan keranaNya, semua pekerjaan menjadi mudah dengan izinNya dan lahirlah sebuah nilai keberkatan dalam satu-satu pekerjaan tersebut...

Ayuh....Muhasabah diri kita...Perbaiki niat...Moga-moga segala amalan diterima olehnya...

Barakallahulana...:)