Sesungguhnya setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Pelbagai kesilapan yang mungkin kita lakukan sejak kali pertama menjejakkan kaki ke alam dunia yang fana ini. Namun kita sentiasa diberikan peluang untuk mengubah diri memperbaiki kesalahan yang lepas. Sesungguhnya Allah maha adil terhadap setiap umatnya. "Taubat" itulah jalan terbaik bagi kita untuk memperbaharui diri kita. Setitik air mata yang jatuh atas rasa sesal setelah melakukan kemungkaran bakal menjadi saksi kita diakhirat kelak. Bukan sekadar air mata sejadah pakaian yang kita gunakan pada waktu menyatakan rasa kesal dan menyesal kita atas segala kesilapan yang telah dilakukan bakal menjadi saksi kita. Pintu taubat sentiasa terbuka terhadap setiap umat. Ternyatalah keistimewaan Islam yang membuktikan Islam tidak akan sesekali menghukum umatnya dalam apa jua keadaan melainkan umatnya sendiri yang memilih jalan untuk menghukum dirinya sendiri.
Namun begitu, dosa terhadap Allah sememangnya boleh dipohon keampunan dengan pintu taubat yang sentiasa terbentang luas, bagaimana pula dengan dosa sesama manusia. "Bukan mudah untuk menyenangkan hati semua orang". Ungkapan ini sering kita dengar daripada sahabat-sahabat dan umat sekeliling kita. Sememangnya tidak dinafikan ungkapan ini ada betulnya. Namun sejauh manakah usaha kita untuk membantu orang lain "senang hati" kita. Wahai para sahabat sekalian. Memang sukar untuk menyenangkan hati semua orang, namun begitu kita telah diberikan jalan untuk memperbaiki diri kita dengan cara meminta maaf dan melahirkan rasa kesal terhadap kesalahan yang kita lakukan.
"ego" merupakan punca kesilapan diri manusia yang mampu menyebabkan perpecahan. Sifat yang merasakan diri sendiri lebih hebat daripada orang lain dan tidak boleh menerima teguran dan nasihat orang lain menarik minat para syaitan untuk menarik mereka kelembah kemarahan. Sedarlah wahai sekalian sahabat, sejauh mana keegoan kita mampu mengatasi segala-galanya. Berani kerana benar. Jika benar kesalahan itu kita yang lakukan maka beranilah kita menghadapinya. Tundukkanlah keegoan yang mampu membinasakan diri dan masyaraka