Sunday, August 14, 2011

BMB 3 sem 2

^_^
Now im working on a latest video clip for my class

(BMB3). Just a simple video clip bcoz im quite lazy to do. Although i its quite simple but hopefully it will give me and my friend a greatest memory for this second semester of my study.

I wanna share what programme that im using for compress all of these pitcure and video. Corel video studio x4



It is a quite simple programme. It is easy to use compared to other videostudio programme. I had used this coral programme starting "corel video studio x2". For me it is very simple but can create a very nice video.

Try this at home and u will see the different...:D

Saturday, August 6, 2011

Couple??Tunang??

ASSALAMUALAIKUM


Sedikit perkongsian ilmu....smoga kita sama2 ambil ikhtibar dan manfaat daripadanya...INSYAALLAH...


Pada hari ini sering kali kita lihat pelbagai bentuk artikel atau ceramah mengenai haramnya hubungan antara lelaki dan wanita yg bukan muhrim iaitu "couple". Pelbagai reaksi dan tindak balas telah berlaku kepada masyarakat terutamanya remaja. Ada yang memutuskan hubungan tesebut serta merta dan ada juga yang hanya memekakkan telinga sahaja. Artikel ini bukan untuk membahaskan hukum "couple" tetapi ianya untuk memperbaiki kesilapan yang mungkin kita lakukan tanpa disedari.


Setelah mendengar beberapa ceramah dan membaca beberapa artikel mengenai kaedah bertunang yang hanya memerlukan lamaran daripada lafaz terima daripada pihak wanita maka mulalah para remaja(lelaki) melamar untuk menjadikan para wanita tersebut tunang mereka (part ni masih xda masalah lagi).


Namun begitu, kesilapan para remaja menggunakan atas dasar "tunang" untuk menghalalkan cara. Pertunangan ini disalah ertikan oleh mereka. Dengan menggunakan dasar pertunangan ini mereka merasakan diri bebas dan boleh melakukan apa saja sebagaiman yang mereka telah lakukan ketika "couple" dahulu. Tanggapan mereka :


"couple"kan haram. So, kitorang bertunang la...ape susah...kan?

Pihak lelaki dah lamar aku/pihak perempuan dah terima lamaran aku...

Die tunang aku, suke ati aku la nak jumpe die bile2...n suke ati aku jugak la nak bersayang2 dengan die...kitorang bukan "couple".....kitorang dah bertunang...


Sedarlah wahai masyarakat terutamanya remaja sesungguhnya pertunangan hanyalah proses perkenalan sesama pihak lelaki dan wanita. Ianya bukanlah satu kaedah menghalalkan hubungan antara kedua pihak lelaki dan wanita. Ia hanyalah satu lafaz ikatan antara keduanya. Jangan jadikan lafaz pertunangan ini sebagai dasar untuk kita menghalalkan kesemua perkara.


Perbaiki kesilapan Tingkatkan amalan....

Segala yg baik datang daripada ALLAH dan sebaliknya datang dari kelemahan sy sendiri

Jazakallah....^_^

Thursday, May 26, 2011

Dengarlah wahai remaja


Sesungguhnya setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Pelbagai kesilapan yang mungkin kita lakukan sejak kali pertama menjejakkan kaki ke alam dunia yang fana ini. Namun kita sentiasa diberikan peluang untuk mengubah diri memperbaiki kesalahan yang lepas. Sesungguhnya Allah maha adil terhadap setiap umatnya. "Taubat" itulah jalan terbaik bagi kita untuk memperbaharui diri kita. Setitik air mata yang jatuh atas rasa sesal setelah melakukan kemungkaran bakal menjadi saksi kita diakhirat kelak. Bukan sekadar air mata sejadah pakaian yang kita gunakan pada waktu menyatakan rasa kesal dan menyesal kita atas segala kesilapan yang telah dilakukan bakal menjadi saksi kita. Pintu taubat sentiasa terbuka terhadap setiap umat. Ternyatalah keistimewaan Islam yang membuktikan Islam tidak akan sesekali menghukum umatnya dalam apa jua keadaan melainkan umatnya sendiri yang memilih jalan untuk menghukum dirinya sendiri.

Namun begitu, dosa terhadap Allah sememangnya boleh dipohon keampunan dengan pintu taubat yang sentiasa terbentang luas, bagaimana pula dengan dosa sesama manusia. "Bukan mudah untuk menyenangkan hati semua orang". Ungkapan ini sering kita dengar daripada sahabat-sahabat dan umat sekeliling kita. Sememangnya tidak dinafikan ungkapan ini ada betulnya. Namun sejauh manakah usaha kita untuk membantu orang lain "senang hati" kita. Wahai para sahabat sekalian. Memang sukar untuk menyenangkan hati semua orang, namun begitu kita telah diberikan jalan untuk memperbaiki diri kita dengan cara meminta maaf dan melahirkan rasa kesal terhadap kesalahan yang kita lakukan.

"ego" merupakan punca kesilapan diri manusia yang mampu menyebabkan perpecahan. Sifat yang merasakan diri sendiri lebih hebat daripada orang lain dan tidak boleh menerima teguran dan nasihat orang lain menarik minat para syaitan untuk menarik mereka kelembah kemarahan. Sedarlah wahai sekalian sahabat, sejauh mana keegoan kita mampu mengatasi segala-galanya. Berani kerana benar. Jika benar kesalahan itu kita yang lakukan maka beranilah kita menghadapinya. Tundukkanlah keegoan yang mampu membinasakan diri dan masyaraka

Thursday, March 31, 2011

Senyum ^_^

Pd suatu hari pak samid pergi mengambil ubi dkebunnya... Tibe2 die mendapati ubinye tlah dimakan siput (logik ke?)... "Die pn menjerit kuat2 siput makan ubiiiii!!!"..... Kebetulan isterinya yg pkak baru je sampai n teurs bertanya pd suaminya..."ape abg ckp???siput babi???" maka hingga ke harini siput tu dpanggil siput babi....ksian....

Sunday, March 27, 2011

Kisah Arnab dan Kura-kura (Versi Baru) | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kisah Arnab dan Kura-kura (Versi Baru) | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Duhai sahabat...

"Allah tidak akan timpakan ujian selagimana manusia tersebut tak mampu untuk menghadapi ujian tersebut...."

Jelas menunjukkan ujian Allah itu sangat hebat kerana semua manusia mampu untuk menghadapinya..

Tapi mengapa terdapat lagi manusia yang xdpt menghadapi ujian tersebut? Tertekan dengan ujian yang ditimpakan...

Sedar x kita bukan ujian itu yang kita xmampu untuk tempuh ttp diri kita sendiri yang melemahkan diri untuk menghadapi ujian...

"Sedangkan lidah lagikan tergigit"

Perumpamaan diatas sesuai untuk sebuah rumah tangga juga sesuai untuk sebuah persahabatan. Walau sekukuh mana sebuah persahabatan, bila tiba ujian dtg runtuh jua akhirnya. Namun sedarkah kita siapa yang meruntuhkan persahabatan tersebut? Bukankah diri kita sendiri yang menjadi punca keruntuhan tersebut?

"10 kebaikan dilakukan dirosakkan dengan 1 perbalahan?"

Pernahkah kita menghargai 10 kebaikan yang sahabat kita lakukan? Mengapa kerana 1 perbalahan 10 kebaikan tersebut terlerai?

Lihatlah...
Dimanakah silap kita...
Dalam menilai erti persahabatan...

Sedarlah suatu kemanisan persahabatan...
"Suka" mengeratkan hubungan "duka" mengukuhkan lagi persahabatan

Kenanglah jasa sahabat anda~~
Wallahua'lam

Saturday, March 19, 2011

Alhamdulillah.....















Erm...hehe
Alhamdulillah....selesai jg perkahwinan sepupu sy hari ini. Moga-moga majlis yang diadakan mendapat keberkatan ilahi. Penat jugak. Pas balik rumah semalam terus buat kerja-kerja. Badan xberapa sihat. Nak xnk kena kuatkan jugak. huhu...

Tapi sgt2 best suasana kenduri kat kampung. Meriah suasana kampung tu memang xblh tanding dengan suasana kenduri kat bandar-bandar. Suasana harmoni tu yang paling seronok. Jumpa sahabat-sahabat, saudara mara yang dekat mahupun jauh, beramah mesra n so on.

Semoga jodoh kedua-dua ni berkekalan hingga keakhir hayat. Seronok tengok diorg. bile la sy lak nak kawen...hehe....


Monday, March 14, 2011

Keajaipan Sedekah

Motivasi di pagi hari...hehe...

Sekadar nak berkongsi cerita pasal sedekah.
Pernah satu ketika dlu waktu kecik2 sy ni sedekah lah kat tabung masjid. Dengan keajaipan sedekah xsampai sehari saya tiba-tiba je rezeki tu datang berkali ganda daripada apa yang sy sedekahkan...ajaib x...???

Mafhum hadis Nabi S.A.W :
"Barangsiapa bersedekah dengan sebiji kurma yang diperoleh dengan usaha yang halal sementara Allah tidak menerima kecuali yang halal Allah akan menerimanya dengan tangan kananNya(yakni menerima dengan berkahNya)kemudian Dia melipatgandakan berkahNya bagi pelakunya, sebagaimana seseorang dari kalian melipatgandakan maharnya. Bahkan satu suap akan menjadi sebesar Gunung Uhud"

Tp sebelum tu kena ingat kita sedekah ikhlas lillahitaala. Bukan mengharapkan balasan. Tp mmg sangat hebat kuasa ALLAH taala. Sedekah ibarat kita melaburkan duit kita.

Sy tertarik dengan slide di masjid nilai tulis cmni
"anda mata duitan"
"seringkali xcukup duit"
"bersedekahlah"

so...amalkan budaya sedekah...lillahitaala..
insyaALLAH kehidupan kite akan lebih berkat...
wassalam...

Friday, March 11, 2011

FEM~


xtau nk upload ape...upload ni jela....hahah
ini jela d tulis...:P

Thursday, March 10, 2011

oOh~~

Assalamualaikum....(^.^)

Lame giler da xupdate blog nih...maklumlah...busy giler2 dgn assignment n present"tension"...haha...xdek la...busy...dgn kerja2 yg bertimbun....ditambah pulak dengan "kelajuan" "berukband" yg ter"sangat" "laju".....
kesannye~~malas nk update n xsempat...huhu...xkesah la tuh...sbb tu la dah dsbut 5 perkare tuh

sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sibuk
hidup sebelum mati

ingat la baik2 5 perkara ni...:D...mmg kite sibuk skg...tp kite masih senang sbnrnye...1 hari nanti ade yg lagi sibuk dari sekarang...cmtu la...bersyukurlah dengan nikmat-nikmat yang dikurnia oleh-Nya sekarang.kan2?
Allah xkan turunkan ujian yang hambanya xmampu untuk hadapi...ingat tu baik2....ok la...time to bersiap nk g kelas...nanti la update lagi kalo rajin....hehe...
wssalam...