
Sunday, August 14, 2011
BMB 3 sem 2

Saturday, August 6, 2011
Couple??Tunang??
ASSALAMUALAIKUM
Sedikit perkongsian ilmu....smoga kita sama2 ambil ikhtibar dan manfaat daripadanya...INSYAALLAH...
Pada hari ini sering kali kita lihat pelbagai bentuk artikel atau ceramah mengenai haramnya hubungan antara lelaki dan wanita yg bukan muhrim iaitu "couple". Pelbagai reaksi dan tindak balas telah berlaku kepada masyarakat terutamanya remaja. Ada yang memutuskan hubungan tesebut serta merta dan ada juga yang hanya memekakkan telinga sahaja. Artikel ini bukan untuk membahaskan hukum "couple" tetapi ianya untuk memperbaiki kesilapan yang mungkin kita lakukan tanpa disedari.
Setelah mendengar beberapa ceramah dan membaca beberapa artikel mengenai kaedah bertunang yang hanya memerlukan lamaran daripada lafaz terima daripada pihak wanita maka mulalah para remaja(lelaki) melamar untuk menjadikan para wanita tersebut tunang mereka (part ni masih xda masalah lagi).
Namun begitu, kesilapan para remaja menggunakan atas dasar "tunang" untuk menghalalkan cara. Pertunangan ini disalah ertikan oleh mereka. Dengan menggunakan dasar pertunangan ini mereka merasakan diri bebas dan boleh melakukan apa saja sebagaiman yang mereka telah lakukan ketika "couple" dahulu. Tanggapan mereka :
"couple"kan haram. So, kitorang bertunang la...ape susah...kan?
Pihak lelaki dah lamar aku/pihak perempuan dah terima lamaran aku...
Die tunang aku, suke ati aku la nak jumpe die bile2...n suke ati aku jugak la nak bersayang2 dengan die...kitorang bukan "couple".....kitorang dah bertunang...
Sedarlah wahai masyarakat terutamanya remaja sesungguhnya pertunangan hanyalah proses perkenalan sesama pihak lelaki dan wanita. Ianya bukanlah satu kaedah menghalalkan hubungan antara kedua pihak lelaki dan wanita. Ia hanyalah satu lafaz ikatan antara keduanya. Jangan jadikan lafaz pertunangan ini sebagai dasar untuk kita menghalalkan kesemua perkara.
Perbaiki kesilapan Tingkatkan amalan....
Segala yg baik datang daripada ALLAH dan sebaliknya datang dari kelemahan sy sendiri
Jazakallah....^_^
Thursday, May 26, 2011
Dengarlah wahai remaja
Thursday, March 31, 2011
Senyum ^_^
Sunday, March 27, 2011
Duhai sahabat...
Saturday, March 19, 2011
Alhamdulillah.....
Tuesday, March 15, 2011
Monday, March 14, 2011
Keajaipan Sedekah
Sekadar nak berkongsi cerita pasal sedekah.
Pernah satu ketika dlu waktu kecik2 sy ni sedekah lah kat tabung masjid. Dengan keajaipan sedekah xsampai sehari saya tiba-tiba je rezeki tu datang berkali ganda daripada apa yang sy sedekahkan...ajaib x...???
Mafhum hadis Nabi S.A.W :
"Barangsiapa bersedekah dengan sebiji kurma yang diperoleh dengan usaha yang halal sementara Allah tidak menerima kecuali yang halal Allah akan menerimanya dengan tangan kananNya(yakni menerima dengan berkahNya)kemudian Dia melipatgandakan berkahNya bagi pelakunya, sebagaimana seseorang dari kalian melipatgandakan maharnya. Bahkan satu suap akan menjadi sebesar Gunung Uhud"
Tp sebelum tu kena ingat kita sedekah ikhlas lillahitaala. Bukan mengharapkan balasan. Tp mmg sangat hebat kuasa ALLAH taala. Sedekah ibarat kita melaburkan duit kita.
Sy tertarik dengan slide di masjid nilai tulis cmni
"anda mata duitan"
"seringkali xcukup duit"
"bersedekahlah"
so...amalkan budaya sedekah...lillahitaala..
insyaALLAH kehidupan kite akan lebih berkat...
wassalam...
